Monday, May 30, 2011

Rahsia Kenapa Lelaki Semua Sama

Sebagai seorang lelaki, rasa terpanggil nak menyentuh satu frasa yang agak tipikal di bibir gadis-gadis yakni "Lelaki Semua Sama". Aku pun hairan macam mana lelaki semua boleh sama.
Nak dijadikan cerita, kisah 'Lelaki Semua Sama' ni mesti terbit dari hati gadis/wanita/perempuan/pondan yang kecewa. Jarang aku dengar dari golongan yang sedang gembira.
Oleh itu sebagai lelaki aku rasa aku ada seberapa banyak rahsia macam mana semua lelaki boleh diklasifikasikan sebagai sama. Atau mungkin; kenapa semua lelaki semua sama buaya, raksasa, King Kong, Bujang Senang dan sebagainya di kalangan wanita kecewa.
Yang pertama aku boleh simpulkan yang gadis-gadis demikian dah kenal semua kaum berjantina lelaki. Kenal dari segi sifat fizikal dan tingkah laku setiap laki-laki yang bernafas atas muka bumi ini. Yes. Each and every one of them.
Ya, 'lelaki' yang memang suka mengecewakan perempuan. Biasalah kalau minda terganggu, macam-macam hipotesis akan lahir dan kadang-kala jadi muktamad. Jika ya, nasib anda malang kerana bertemu dua lelaki yang sama attitude tolong jangan salahkan semua lelaki.
Amat klise jika aku kaitkan John Lennon yang lelaki tetapi masih lagi setia pada Yoko Ono. Mungkin juga cinta Nabi Muhammad kepada isteri-isteri beliau. Jantina apa tu?
Aku tak naklah kejam sangat nak tuduh semua perempuan tu sebagai materialistik dan apa saja yang memburukkan lagi imej feminin.
Secara ringkas, jangan salahkan satu golongan sebab kesalahan satu individu.

2 comments:

Lord Hosni the Wise said...

Menurut pengamatan aku selama 21tahun bergelar homo sapien jantan, aku dapati bahawa kelompok homo sapien betina ni mempunyai kesukaran dalam compartmentalising things n issues surrounding them, leading to poor judgement, thus poor hypothesis/conclusion.

Berkaitan dgn kkecewaan dlm prcintaan, mereka ini sepatutnya mengambil kira brapa byk kes dorg kecewa sebegitu? Kalau 2 kali x fair la nk buat conclusion..

Kata la byk kali dorg kcewa, campur dgn story2 dr kawan2 srta jiran tetangga, sama ka situasi semua kes?

Aku x boleh betol kalau org maen kluar je konklusi tanpa good arguement/reasoning. Tapi kang kalau kita cakap kang die jawab senang je;

"Awk x layak judge sy macam tu"

Nur Atifah Zainuddin said...

best Lord Hosni ni.