Wednesday, August 3, 2011

Ada Mulut Tanya lah

salam hello. semenjak menceburi bidang bazaar ramadhan ni, aku mula berjumpa ramai orang beserta pelbagai ragam. juga pelbagai pengajaran dan teladan dah aku cedok daripada mereka. ni pula kisah seorang anak jawa MeruVille. kesah tentang ibu nya yang belajar tak tinggi. tapi berani pergi ke tanah suci. sama seperti kisah zaman nenek dan atuk aku dulu kerja kan haji. di mana juadah bagi jemaah haji dan umrah tak lagi disediakan ala buffet oleh pihak Tabung Haji. mereka perlu memasak juadah sendiri ketika di tanah suci. manakan lekat lidah anak jawa jika tidak menelan sambal belacan serta sayur bening. jadi ibu tersebut merayau rayau di pasar Mekah untuk mencari belacan. alhamdulillah dapat juga ketemui. juadah dikongsi beramai2 beserta jemaah yang lain. mengeratkan hubungan sesama manusia disamping merapatkan hati dan jiwa pada Ilahi.
amat aku teruja dengan semangat ibu tersebut. ibu nya berpesan, "ada mulut tanya lah,". sebenarnya kita sebagai anak terpelajar sudah tahu dengan kenyataan ini. tapi kita perlu sering diingatkan. pelik tapi itu lah hakikat nya. kita tahu tapi tak amal. samalah macam pokok tak berbuah. rugi.

No comments: